Isnin, 18 Julai 2016

Assalamualaikum. Alhamdulillah sejuk nyaman udara pada mlm ni best je rasa baring sambil menaip rasa tak nak bangun tapi nak buat camne terasa sengal2 plak blakang wa ni, bangun gak la bagi lebih selesa dan best lg untuk menaip huhu

Nak crite pasal gaharu lagi atau pasal bende lain lak.oklah kite langkah lagi setapak pasal pokok gaharu tajuk kite harini 'terdampar di pertengahan jalan'

Apa yang menbuatkan rata2 pengusaha tanaman gaharu terdampar? Apa tanda2 mereka terdampar? Ok petandanya ada di mudah.com. rata2 pengusaha bagaikan terhenti saat terlihatnya pulangan yang berganda dihadapan, mgkn langkah seterusnya akan membuatkan pengusaha terus mencapai apa yang harus perlu dicapai. untuk mencapai apa yg hendak dicapai Dgn keputusan mengembalikan amaun permulaan sebagai pengusaha tanaman pokok gaharu adalah dgn menjual tanah dan seluruh pokok gaharu. Selama ini tegar menjaga akhirnya tewas disaat tuaian. Langkah seterusnya bagaikan terhenti hilang arah dan pasti. Mana janji2 manis si penjual anak benis gaharu? Hilang entah mudik kehulu atau tenggelam kedasar?mgkn tengah seronok2 ditepian? Hehe.

Pengusaha sebenarnya sudah hampir dgn apa yg dirancangkan mgkn dgn sikit kesabaran dan sedikit usaha selangkah kehadapan, apa yang dihajati pasti dapat dilihat. Ianya mgkn terlalu berpegang pada janji2 penjual anak benih 7,8tahun dahulu,hari ini ianya hilang entah kemana mcm yang saya taip tadi la mgkn tgh berseronok2 ditepian.hehe. ok apa langkah seterusnya saat pokok gaharu berusia 7,8tahun dan telah disuntik? Ini satu tempoh yg sgt singkat pokok gaharu usia 5thn sesuai untuk disuntik setelah disuntik perlu menunggu dlm lingkunan 2,3tahun untuk proses jangkitan bakteria menghasilkan gaharu. Usia pokok 8tahun sedia dituai tapi itu lah yg saya taip tadi saat hasil di depan kita, kita bagaikan terdampar, langkah seterusnya bagaikan terhenti mimpi ngeri menanti. Pasaran sukar ditembusi modal banyak dah pergi mendapat pulangan bagaikan sesuatu yg tak pasti.ada gak  suara yang tak best didengar "baik tanam pokok getah sungguhpun getah murah tapi senang jual". Jom kita cari penyelesaian huhu

Ok kos seterusnya sewaktu ingin menuai agak mahal, tapi itulah penghujung bagi mendapatkan gaharu langkah seterusnya menggorek atau mengukir ataupun bahasa halusnya menzahirkan tapi senang guna bahasa kasar iaitu mengeluarkan gaharu dari teras pokok haa senang je menaipnye haha. Itu perlu tenaga mahir dlm proses menggorek,pasti ramai yang tak pecaya sebesar2 ladang gaharu di gopeng pokoknya ada 20.000btg penggoreknya adalah seorang klu tak pecaya pergi la tinjau2.setelah dahan yg ada gaharu dipotong lalu proses menggorek disebuah bilik dan penggoreknya adalah seorang sahaja.bila ditanya mengapa seorang? Jawapannya supaya tdk ada penyelewengan.satu jawapan je.
So kos kat situ tak tggi sgt walaupun tenaga mahir sorang mmg belaku secara pelahan tapi hasilnya memuaskan dan dapat melakarkan harga gaharu yang mahal.








gaharu dari dahan kecil separuh gorekkan.
Begitu lah keadaannya.

 Salah gorek akan belakunya kerugian. Masa yg sama gorek juga menentu gred dan harga. Oklah langkah seterusnya bila gaharu telah diasingkan boleh dah nak jual saya sebenarnya cuba nak rahsiakan siapa pembeli paling dekat dari kalangan kita, faham kan maksud 'dari kalangan kita'?? tapi rasa mcm tak sempurna lak catitan ini ermm mgkn di part catitan yg lain sy bongkarkan hehe kena dgn tempat dan orangnya insyaallah gaharu yang selama ini ditunggu2 terjual jugak.

Sampai disini dulu nanti sambung k..

Ahad, 17 Julai 2016


Assalammualaikum.
Ini pasal lawatan bersahaja waktu tengahari tadi lokasi gopeng perak.saya harap gambar yang saya paparkan tidak menimbulkan sebarang  spekulasi atau tanggapan nagetif.

Kawasan yang luas sejauh mata memandang meliputi seluruh bahagian 

Harga mampu tengok dalam ruangan berkaca cukup ianya dianggap nilai yang terpelihara.

Ketulan dan minyak gaharu yang bernilai tinggi
Anak pokok gaharu untuk dijual di khabarkan telah di satukan dengan speseis pokok gaharu yang lain.


Seluruh bahagian pokok gaharu dijadikan produk dan minuman
Teh daun gaharu.


Itulah beberapa paparan yang mampu dimuat naik serba sedikit,dapatlah ianya jadi sedikit info ataupun pengalaman tentang gaharu.

Jumaat, 15 Julai 2016

Produk dari pokok gaharu: Mesin membinasakan

Produk dari pokok gaharu: Mesin membinasakan

Mesin membinasakan

Ibarat kita sedang berehat di rumah bersama keluarga tiba-tiba tertamu tidak diundang datang bersama mesin tanpa mendengar rintihan dihalanya mesin seberat 5ton gauman mesin sudah cukup untuk kita beredar dari kediaman kita mengheret anak anak sejauh yang perlu, kenapa kami diusir? Kami pribumi yang sedia ada kami penetap asal lembah ini.
Ya bergitulah nasib penghuni rimba tidak mampu melawan akal fikiran manusia yang tidak kenal erti kesal.
  

Selasa, 12 Julai 2016

Tentang daun gaharu

Assalamualaikum. Yeah menaip lg wa pd mlm ni huhu

Ini tentang afrodisiak salah satu bahan yg terkandung dlm pokok gaharu.
Perghh ini kaum lelaki suke pasal afrodisiak ni cedokkk hahaha

Apa itu afrodisiak? Apa yg sy tau pasal afrodisiak ialah sejenis Zat kimia untuk merangsang daya sexsual, wahh menarik ni haha. Ada yg gelar aroma cinta,kecantikan cinta,ghairah cinta dan mcm2 gelaran. Apa pun gelarannya pada asasnya afrodisiak itu adalah merangsang daya seksual,ia menarik kerana ia berada dlm seluruh bahagian pada pokok gaharu, cukup mengambil daun gaharu untuk jadikan  teh anda akan dapat merasa kesannya hehe dari pengalaman sy sendiri la ye apa yg sy rasa sebagai pengamal teh gaharu dari sudut afrodisiak. Ia menjadi teringin bersama isteri setiap kali tdr ia seolah menarik diri kearah itu.ia belaku dgn penuh rasa cinta kasih dan sayang.tu pasal la afrodisiak di gelar ghairah cinta dr sesetengah negara. Ia dikaitkan dgn cinta,ghairah dan seksual. Ia belaku dgn pelahan penuh rasa cinta hahaha sedikit tambahan pasal afrodisiak ia dapat menahan daya tahanan ketika bersama. Oklah sampai situ je nanti cite lebih2 dikatakan berbohong lak ape2pun anda kena cuba sendiri huhu

Sy cerita pasal daun gaharu bukannya daun gaharu yg siap diproses atau di campur apa2 bahan dan dipasarkan ianya hanya sehelai daun semulajadi dari pokok gaharu,itu baru hanya 1bahan dari daun gaharu belum lagi bahan lain klu nak dihuraikan semua mmg terlalu luas.

Ada seorg pakcik di selangor diruang laman rumah dia adalah 2,3btg pokok gaharu sy mmg ingin kenal pemiliknya dgn pokok gaharu kami menjadi kawan hehe tika ptg balik kerja sy akan sggh rumah dia sembang2 pasal pokok gaharu tu ia belansung dlm beberapa bulan, pd suatu ptg tu sy ingin minta sikit daun muda tpi pakcik tu sedikit berat untuk kasi, boleh kasi tapi dgn syarat kena kasi tau nak buat apa mula2 sy berdolak dalih mcm2 ckp nak buat halau nyamuk la nak buat hiasan la mcm2 la tp pakcik tu mcm dah tau sy nk buat apa dgn daun tu, last skali sy bagitau juga nak buat apa dgn daun tu "saya nak buat teh pakcik" hehe pakcik tu masuk dlm rumah buka peti lalu tunjuk kat sy sebotol air rebusan daun gaharu. " pakcik dah tua byk penyakit, kencing manis darah tggi. Air daun ni lah yg pakcik amalkan alhamdulillah darah pakcik dalam paras normal." Sy rasa kagum dgn khasiat pokok gaharu dan terus mengamalkan terlalu panjang klu nak critakan pengalaman pakcik tu dlm mengambil daun gaharu untuk merawat penyakit die cukup sekadar itu je.

Daun yg sy amalkan sy perolehi dr dlm hutan setiap taun ia akan berbunga lalu mengeluarkan buah,sedikit kesukaran pasal nak kena redah hutan sy harap sangat kawasan tu tdk dicerobohi oleh pihak2 yg tdk bertanggungjawap menerangkan hutan lalu dijadikan ladang sawit atau perumahan.

Disini sy tdk mahu cerita pasal resin dlm teras pokok gaharu kerana ia sedikit rumit lagi2 inginkan ianya berlaku secara semula jadi mgkn ia mengambil masa yg lama cukuplah sekadar daun dan buah gaharu kerana bahan dalam resin dan daun punyai kimia yg sama.resin lebih kepada untuk jadikan minyak wangi jauh lagi nak kongsikan pasal resin belum lagi nak cipta bakteria nk cucuk pokok gaharu owhh terlalu jauh hehe nanti la crite sy kesiankan peladang yg meminta perkhimatan cucuk pokok gaharu berpuluh2 ribu kosnya padahal ianya cukup mudah untuk cipta bakteria bahan yg nak cucuk pokok gaharu. Pada sy ianyanya pemusnah pokok ok sekian t.kasih.

Isnin, 11 Julai 2016

Tentang daun pokok gaharu

Assalammualaikum. Alhamdulillah menaip lg wa arini huhu

Ini ttg daun dan buah gaharu yg sy jadi kan rendaman teh, sy tahu di luar sana ramai yg tak mampu minum air buah gaharu yg rasa agak ketelaluan pahitnya, kerana bahan ubat yg terkumpul pada pokok gaharu sgt tggi ada pada buahnya, cukup sekadar serpihan kecil dari buahnya membuatkan anda tersandar, badan benar2 seolah2 direhatkan tapi tidak khayal ataupun bahasa lainnya tidak la anda ketawa sorang2 ataupun marah tak tentu pasal lps minum dari cebihan buah gaharu tu hehe

Pada sy buah gaharu sesuai diambil oleh pesakit yg kritikal terlantar mmg sesuai untuk diambil dari bahagian buah bahan ubat pada buahnya betul2 pior klu diambil berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala,sakit kepala bukan sebab apa cuma sebab tahan pahit yg keterlaluan sampai sakit kepala hehe. Ok kite balik kepada daun muda

Ok daun gaharu yg muda klu nak sediakan dgn cara pengeringan untuk 'teh'. Ok begini klu nak khasiat ubat dari daunnya tak perlu jemur pun, anda petik daun muda ramas2 rendam dlm air panas .tapi rasanya? Rasa dan aroma mmg tdk menyenangkan berkecinpangan rasa dan aroma tdk selari  akibatnya anda akan kegelisahan dari penangan daun gaharu muda,khasiat daun gaharu sepatutnya bertindak sebagai penenang dan mudah tdr akan bertukar menjadi sukar disebabkan ketidakseimbangan itu, tapi khasiat merawat penyakit ttp larut dlm badan sepertimana yg kita mahukan.

Bagaimana dgn daun tua? Daun tua lebih keras rasanya dari daun muda setidak2nya perlu juga ada aturan pengeringan.

Ok sampai tahap nak dapatkan rasa,khasiat dan aroma daun gaharu.

Mcm biasa daun muda dijemur selama 2,3hari. Jemur sahaja 2,3hari tapi nak dapatkan keserasian antara aroma,getah dan rasa perlu disimpan dlm bekas kedap udara dgn tempoh tertentu untuk menurunkan kadar getah dlm daun dan memberi keseimbangan antara getah,rasa dan aroma.

Sampai satu tahap pengeringan dgn kiraan hari yg betul baru bekas dibuka masa bekas dibuka masa itu anda dpt bau aroma daun muda yg sangat menyenangkan.lembut dan wangi baunya dan tempoh itulah yg sesuai daun muda direndam untuk dijadikan teh. Kadar getah dlm daun turun serta aroma dan rasa akan jadi seimbang,selain dari khasiat ubatan untuk penyakit dalaman yg serius seperti strok,tahap gula dlm darah tdk seimbang ohh lupe kimia dlm daun atau buah gaharu mampu mengawal atau mengimbangi kadar gula dlm darah selari dgn keperluan badan anda. Ok selain merawat penyakit dalaman, kadar ubat yg sangat cepat kita dapat rasa ialah 'penenang' ia menenankan anda dari semua sudut.fikiran,badan, jika anda sedang belajar ia akan membuatkan anda belajar dgn tenang dan tumpu dgn apa yg sedang anda pelajari atau dlm bahasa mudahnya ialah 'fokus'. Jika selepas minum air rendaman untuk berehat ia bertidak akan merehatkan badan anda lagi2 bahagian mata nak mejam je kejenya haha rendam dlm 15mnt pastu minum tak yah tggu lama tak sampai 5mnt khasiat daun gaharu terus bertindak menenangkan, merehatkan fikiran dan badan anda secara semulajadi, ye laa kadang2 tanpa kita ambik sebrg ubat mana la tenang sgt,badan tgh rehat baring tapi fikiran bekerja keras macam2 fikir takleh kawal itu fikir ini fikir sana sini fikir sampai sukar untuk tidur dgn mengambil hidangan teh daun gaharu insyaallah diri anda direhatkan dari semua sudut dan anda mampu tertidur dgn cepat lena sepanjang mlm alhamdulillah ape2pun semua yg baik dtgnya dari allah s.w.t

Sebenarnya sebelum sy menaip ni sy minum dulu segelas air daun gaharu mengantuk tu mmg mengatuk tp ia dpt dikawal dgn tumpuan untuk menaip, alhamdulillah ia membuatkan sy selesa menaip tenang dan sabar untuk berkongsi kebaikkan tanpa memerah ingatan yg lalu. Ye laa kadang2 kita nak kongsi sesuatu kite kena ingat blk sesuatu itu dan apa yg kt pelajari pasal sesuatu itu. Daun rendaman daun gaharu tu kadang kala sy bancuh dgn gula skit kadang kala dgn susu ianya membuatkan extra aroma, apa yg sy nak ckp ianya mmg best haha

Oklah dah ngantuk sgt2 alhamdulillah tertaip juga apa yg sy ingin sampaikan jumpa lg bye,see ah assalamualaikum

Sabtu, 9 Julai 2016

Cara menangani herba dengan kadar yang betul secara keseluruhan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah menaip lg wa pada hari dgn senang hati wa menaip tau huhu kat sini sy  dirikan diri sy sebagai 'wa' la ye pasal kat kg kawan2 pggl sy wak dgn gelaran 'wa' halus, manja dan seksi skit bunyinye kakaka.

CARA PENYEDIAAN DAN MEMASAK UBAT HERBA.
Terdapat beberapa cara penyediaan ubat herba untuk digunakan dlm rawatan:
1.daun yg segar diramas atau ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit yg sakit,luka atau digigit haiwan.

2.daun yg segar (dibalut tanpa perlakuan lain,atau dipanaskan) pada tempat yg dirawat.

3.bahagian tumbuhan mgkn dimasak atau direndam dlm minyak,lemak,lilin,cuka atau alkohol sebelum digunakan untuk mengurut atau sapu ditempat yg perlu.

4.bahagian tumbuhan yg segar  atau yg telah dikeringkan  dimasukkan dlm bekas dan dituang kedlm air yg mendidih.setelah menjadi suam2 suku, air rebusan diminum sebagai teh herba, disapu pada tempat sakit atau digunakan sebagai air mandian.

5.bahagian tumbuhan yg segar atau yg telah dikeringkan direbus sekejap atau beberapa jam.air rebusan itu diminum setelah sejuk ataupun suam,disapu pada tempat sakit atau digunakan sebagai air mandian.

6.ada juga yg mengisar ubat herba yg kering menjadi serbuk ,dimasukkan kedlm kapsul dan ditelan ketika perlu.

Ubat herba tradisional di malaysia direbus dan diminum biasanya di panggil ubat akar kayu, ubat periuk atau rempah ratus. Ubat herba jenis ini  dlm pasaran secara tradisional adalah dlm bentuk keratan atau potongan panjang lebih kurang satu jari dan jumlah dos bahan biasanya segenggam tangan. Semua bahan dlm ramuan telah dikeringkan sebelum dipasarkan. Jika ubat herba bercpur habuk atau tanah maka anda perlu membasuh dgn air sebelum digunakan. Ubat yg tdk nampak kotor pun sebaik2nya dibasuh sekejap. Oleh sebab bahan ubat herba sudah kering dan kepingan herba adalah lebih kurang satu jari panjang dan setebal panjang jari, adalah lebih mutajap kalau direndam dahulu sebelum air dipanaskan. Jika herba direbus tanpa direndam atau direndam tdk cukup lama,air tdk dapat masuk kebahagian tengah, dan bahan mujarab tdk dapat larut kesemuanya dalam air rebusan. Ada petua memasak ubat periuk yg direndam sekejap sahaja atau d k tdk direndam langsung tetapi ubat periuk yg telah direbus pada hari pertama tdk di buang setelah air rebusan diminum , sebaliknya bahan yg sama direbus lagi pada keesokan harinya dengan menambah air yang baru.cara ini diulang sehingga ramuan direbus 7 kali untuk betul2 mengeluarkan kesemua bahan ubat yg terkandung didlm ramuan. Ubat herba mgkn perlu direbus sekejap sahaja atau berjam jam bergantung kepada jenis ramuan herba dan penyakit yg dirawat. Biasanya tumbuhan yg mengandungi minyak volatil yg cepat meruap direbus sekejap sahaja atau dibamcuh seperti teh supaya bahan aktif tdk hilang. Tumbuhan yg mengandungi sebatian kimia bersifat ubat yg susah larut dlm air perlu direbus berjam jam supaya lebih byk bahan aktif dapat menyarap ke dlm air rebusan yg akan diminum.klu herba yg direbus ditinggalkan diatas api hingga menjadi kering atau terbakar, herba itu tdk boleh digunakan lg. Bekas yg sesuai untuk merebus herba dibuat daripada tanah liat, gelas, seramik atau enamel. Bekas yg dibuat dari logam seperli aluminium, kuprum atau besi waja kurang sesuai kerana mungkin ada tindak balas antara logam dgn sebatian kimia dalam herba dan pemindahan haba berlaku kurang rata.

PANTANG LARANG:
Kebanyakan orang tdk tahan atau tdk sukakan rasa pahit ubat herba.pasti ada yg muntah bila meminum ubat herba yg sangat pahit. Adakah ubat herba sesuai dicampur gula atau madu supaya berasa kurang pahit. Jawapannya bergantung kepada jenis ubah herba yg diminum dan penyakit yg dirawat. Jenis ubat herba yg mengurangkan panas badan,sakit lelongkong, tekak kering dan penyakit lain yg dikumpulkan dlm kategori panas adalah tdk sesuai dicampur gula kerana gula mengurangkan kemujaraban dan juga menambahkan panas badan. Hal ini berbeza dgn ubat moden seperti ubat batuk dan sakit kerongkong yg biasa dapat dlm bentuk sirap atau gula gula. Ubat bersifat tonik boleh dicampur gula tetapi lebih baik klu madu lebah digunakan, bukan gula pasir, kerana tubuh manusia lebih cepat memperolehi tenaga daripada madu lebah bebanding dgn gula pasir. Orang yg menghidap penyakit jenis panas seperti sakit kelongkong dan batuk perlu menjauhi makanan yg pedas atau mengandungi banyak rempah supaya ubat herba dapat bertindak dgn lebih berkesan. Orang yg menghidap penyakit jenis sejuk serti cirit perlu menjauhi makanan sejuk atau makanan mentah. Antara pantang yg biasa disebut dlm ubat herba ialah tdk boleh minum air kelapa semasa mengambil ubat herba kerana ubat akan kehilangan kesan. Air kelapa juga sejenis ubat herba, iaitu sebagai penawar racun ( bahan toksin) dan alahan, dan pencuci tubuh untuk mengeluarkan bahan kimia yg menyebabkan tindak balas racun (toksin) atau alahan. Sifat yg sama inilah yg boleh menghilangkan kesan ubat herba dari tubuh.  Orang yg mengambil ubat herba untuk menguat tenaga batin atau sebagai tonik badan biasanya diminta berpantang. Dilarang meminum air kelapa atau makan makanan yg sejuk atau berangin seperti kangkung,jantung pisang,rebung dan timun kerana sayuran ini mempunyai sifat yg bercanggah dgn sifat herba yg diambil. Orang yg meminum ubat herba untuk memudahkan tidur lena tdk sepatutnya meminum bahan yang boleh menambahkan aktiviti otak serta menghilangkan daya tidur lena seperti teh,kopi dan koko. Pantang larang dlm sistem ubat herba tidak seharusnya dianggap remeh temeh atau kolot tanpa cuba memahami falsafah yang tersirat.

Ok itulah serba sedikit tentang pengambilan ubat herba dan pantang larangnya semoga bermenfaat.

Yg ikhlas menaip: amran ali

Jumaat, 8 Julai 2016

Berminat tahu pasal pokok gaharu

Assalammualaikum. Alhamdulillah terbina juga blog ini dgn izin allah s.w.t dapatlah sy mencoret dan melakar sedikit sebanyak pasal pokok,mgkn lebih kepada pokok gaharu. Dari kecil sy mmg minat pada pokok mgkn hidup sy dikelilingi pokok biase la anak felda huhu tapi nak kata luasnya pengetahuan ini dan itu tidaklah juga sekadar cebisan tinjauan pasal pokok gaharu je hehe

Pokok gaharu, ada yg gelar karas ada yg gelar tengkaras gelar candanpun ade ade candan gajah candan gunung candan busut blm dgr lagi kakaka. ye laa gaharu tu gelaran bagi resin yg terbina dari teras pokok tu ye hehe. Bertahun2 sy ambil tahu pasal pokok ni seingat sy ade la dlm 7,8thn ok la tuu huhu masuk hutan keluar hutan masuk FRIM lentang pahang,FRIM kepong selangor tak lupa juga taman herba batu gajah perak,taman herba papan pusing perak sampai ke relung pepuyu lumut perak jauh tau huhu. mcm2 cerita dgr pasal pokok karas ni mcm2 nama ada mcm2 spisies ade menarik btl pokok ni.

Gaharu tea veally gopeng
Tempat ni menarik klu ade sape2 ingin menikmati produk gaharu aiskrim gaharu ade biskut ade, teh mesti la ade. teras ade kopi campur gaharu ade mcm2 la ade semua berasaskan gaharu baik punye derr haha setahu sy disitulah pokok gaharu pertama diladangkan tak silap sy ade dlm 20,000btg pokok disusun rapi mcm tanam pokok getah cun melecun sy tgk mcm faradia ramai la yg g tempah tu pasni kakaka

Hasil dari risikan sy bergini mulanya owner pertama pokok tu ialah seorang warga jepun yg ingin ataupun cuba tanam pokok tu dijepun tapi dgn kadar cuaca yg tdk sesuai mgkn ade sesi percubaan tanam dijepun tp iklim tdk sesuai lalu dipindahkan ke malaysia bertukar owner cina mcm mana mereka kenal sy tak pasti mgkn syarikat gergasi sama syarikat gergasi bertemu ataupun pekenalan dua induvidu yg telah lama atau rakan sepermainan guli kecik2 dulu entah la ye haha

Pertama kali sy sampai tmpt tu agak mengagungkan sambil tgk sini sana ambil gambar skit huhu sy hampiri anak pokok gaharu di tepi tugu HOGA sy urut2 daunnya berkilat licin segar sikit berlainan dari pokok gaharu lain sy pun tanya2 la bangla kerja kat situ rupanya ada semburan baja organik ok patut la cun mcm zila bakarin. Sy dapati pokok tu dikacukan 1spisies kacuk lagi 14spisies lain dr jenis gaharu jugak wa saypak gak bangla ni kang byk kacuk tu  nak kencing wa la tu haha tapi wa terima laporan dr bangla tu dgn hati yg terbuka tak mustahir kalau dikacukan. Harga bagi sepokok seingat wa la kan dlm rm40.30 mahal tapi pada wa la kan wa setuju dgn harga tu pasal pokok gaharu ada nilai yg tersendiri yg perlu dijaga ialah martabat pokok itu sendiri.

Wa test air teh daun gaharu kat situ pastu wa test aiskrim daun gaharu wa test kopi campuran daun gaharu yg lain wa setuju dicampurkan tapi kopi dgn daun gaharu tu wa agak keliru, kopi ade bahan tahan mengantuk daun gaharu ade bahan penenang memudahkan tido dua kombinasi yg berlawanan hmmmm mgkn ade penerangan dari mana2 pihak ok silakan.

Nama vernakular:gaharu,karas,tengkaras
+ nama gaharu merujuk kepada bahan resin daripada beberapa spisies tumbuhan liar dimalaysia dan negara lain tetapi yg dihuraikan disini ialah dr spiseis liar yg utama sebagai sumber gaharu dan punyai nilai sebagai ubat herba di malaysia.

Nama botani: AQUILARIA MALACCENSIS LAMK
Famili:THYMELAEAE

taburan
Spiseis ini mempunyai taburan semulajadi india,myanmar,malaysia,indonesia dan filipina.

Pokok gaharu biasa didapati dalam hutan primer dan sekuder paling banyak dlm hutan pamah.pokok gaharu ini juga terdapat dikawasan lereng2 bukit dgn purata ketggian tanahnya shgga 750 dari paras laut.

Khasiat ubatan
Akar atau semua bahagian pokok dihancur dan dibancuh sebagai teh herba lalu diminum untuk merawat busung.
Daun atau semua bahagian ditumbuk halus dibuat ubat pupuk pada tangan dan kaki yg bengkak. Daunnya dihancurkan bersama sedikit arang campur sedikit garam dan cuka lalu ditelan untuk merawat muntah2.

Gaharu.
Dibakar asap yg wangi dihidu untuk merawat kanser terutama kanser kelenjar tiroid,mengeluarkan angin dlm perut dan usus.melegakan asma.cirit,mulas perut,sakit perut, dan sebagai afrodisiak.

Air rebusan semua dari bahagian pokok gaharu.
Untuk merawat cirit muntah,dmm panas,malaria,melawaskan buang air kecil,menenangkan, mehindari stress,merawat strok,menegangkan kulit (awek muda) dan penawar semasa ibu hamil dan selepas melahirkan anak. Kayu gaharu juga dihancurkan bersama alkohol untuk yg bukan islam dan cecairnya diminum untuk merawat kencing tersekat,batuk,kolera,mulas.

Resin mempunyai sifat anti jangkitan,antaiseptik,antibiotik,pestisid serta berfunsi untuk menghentikan pendarahan dan mengatasi sakit.

Kandungan
Agarafuranoid dan seskuiternoid jenis uedesman,asap gaharu juga mengandungi kumpulan kimia yg sama.

Gaharu sebagai dupa dibakar untuk mengeluarkan bau yg harum disanjung tggi dlm istiadat budaya dan agama buddha. Dithailand gaharu dimasukan ke dlm api  untuk membakar mayat. Dijepun gaharu digunakan dlm istiadat 'teh'. gaharu yg tdk dijangkiti kulat atau kayu yg tertnggl semasa dipotong untuk mendapatkan resinnya yg wangi dibuat colok untuk memperolehi bau yg wangi dan menghalau nyamuk. Gaharu yg wangi digunakan secara meluas di india dan timur tengah. Minyak gaharu diperolehi dgn proses penyulingan untuk menghasilkan minyak wangi yg sgt mahal.minyak gaharu boleh dicampur minyak cengkih dan bunga carnation untuk menghasilkan minyak wangi yg menarik.

Itulah serba sedikit tentang pohon gaharu sekian terima kasih

Yg ikhlas menaip: amran ali

Rumpun lembah

http://www.mudah.my/vi/46984502.htm

Produk dari pokok gaharu

Assalamualaikum disini ada produk pencuci badan berasaskan dari pokok gaharu sesuai untuk semua jenis kulit yang bermasalah.

1.sabun mandi.
2.pencuci muka.
3pemutih bawah lengan/celah peha
Dan lain2 dari sumber pokok gaharu

Harga mengikut permintaan.wasap ke no 010-5210860 amran ali

Khamis, 7 Julai 2016

Sabun mandian dari buah dan daun gaharu

Assalamualaikum lahirnya blog ini sempena ingin perkenalkan produk berasaskan dari pokok gaharu. Seperti sabun mandian dari buah gaharu sabun pencuci muka dan lain2