Jumaat, 8 Julai 2016

Berminat tahu pasal pokok gaharu

Assalammualaikum. Alhamdulillah terbina juga blog ini dgn izin allah s.w.t dapatlah sy mencoret dan melakar sedikit sebanyak pasal pokok,mgkn lebih kepada pokok gaharu. Dari kecil sy mmg minat pada pokok mgkn hidup sy dikelilingi pokok biase la anak felda huhu tapi nak kata luasnya pengetahuan ini dan itu tidaklah juga sekadar cebisan tinjauan pasal pokok gaharu je hehe

Pokok gaharu, ada yg gelar karas ada yg gelar tengkaras gelar candanpun ade ade candan gajah candan gunung candan busut blm dgr lagi kakaka. ye laa gaharu tu gelaran bagi resin yg terbina dari teras pokok tu ye hehe. Bertahun2 sy ambil tahu pasal pokok ni seingat sy ade la dlm 7,8thn ok la tuu huhu masuk hutan keluar hutan masuk FRIM lentang pahang,FRIM kepong selangor tak lupa juga taman herba batu gajah perak,taman herba papan pusing perak sampai ke relung pepuyu lumut perak jauh tau huhu. mcm2 cerita dgr pasal pokok karas ni mcm2 nama ada mcm2 spisies ade menarik btl pokok ni.

Gaharu tea veally gopeng
Tempat ni menarik klu ade sape2 ingin menikmati produk gaharu aiskrim gaharu ade biskut ade, teh mesti la ade. teras ade kopi campur gaharu ade mcm2 la ade semua berasaskan gaharu baik punye derr haha setahu sy disitulah pokok gaharu pertama diladangkan tak silap sy ade dlm 20,000btg pokok disusun rapi mcm tanam pokok getah cun melecun sy tgk mcm faradia ramai la yg g tempah tu pasni kakaka

Hasil dari risikan sy bergini mulanya owner pertama pokok tu ialah seorang warga jepun yg ingin ataupun cuba tanam pokok tu dijepun tapi dgn kadar cuaca yg tdk sesuai mgkn ade sesi percubaan tanam dijepun tp iklim tdk sesuai lalu dipindahkan ke malaysia bertukar owner cina mcm mana mereka kenal sy tak pasti mgkn syarikat gergasi sama syarikat gergasi bertemu ataupun pekenalan dua induvidu yg telah lama atau rakan sepermainan guli kecik2 dulu entah la ye haha

Pertama kali sy sampai tmpt tu agak mengagungkan sambil tgk sini sana ambil gambar skit huhu sy hampiri anak pokok gaharu di tepi tugu HOGA sy urut2 daunnya berkilat licin segar sikit berlainan dari pokok gaharu lain sy pun tanya2 la bangla kerja kat situ rupanya ada semburan baja organik ok patut la cun mcm zila bakarin. Sy dapati pokok tu dikacukan 1spisies kacuk lagi 14spisies lain dr jenis gaharu jugak wa saypak gak bangla ni kang byk kacuk tu  nak kencing wa la tu haha tapi wa terima laporan dr bangla tu dgn hati yg terbuka tak mustahir kalau dikacukan. Harga bagi sepokok seingat wa la kan dlm rm40.30 mahal tapi pada wa la kan wa setuju dgn harga tu pasal pokok gaharu ada nilai yg tersendiri yg perlu dijaga ialah martabat pokok itu sendiri.

Wa test air teh daun gaharu kat situ pastu wa test aiskrim daun gaharu wa test kopi campuran daun gaharu yg lain wa setuju dicampurkan tapi kopi dgn daun gaharu tu wa agak keliru, kopi ade bahan tahan mengantuk daun gaharu ade bahan penenang memudahkan tido dua kombinasi yg berlawanan hmmmm mgkn ade penerangan dari mana2 pihak ok silakan.

Nama vernakular:gaharu,karas,tengkaras
+ nama gaharu merujuk kepada bahan resin daripada beberapa spisies tumbuhan liar dimalaysia dan negara lain tetapi yg dihuraikan disini ialah dr spiseis liar yg utama sebagai sumber gaharu dan punyai nilai sebagai ubat herba di malaysia.

Nama botani: AQUILARIA MALACCENSIS LAMK
Famili:THYMELAEAE

taburan
Spiseis ini mempunyai taburan semulajadi india,myanmar,malaysia,indonesia dan filipina.

Pokok gaharu biasa didapati dalam hutan primer dan sekuder paling banyak dlm hutan pamah.pokok gaharu ini juga terdapat dikawasan lereng2 bukit dgn purata ketggian tanahnya shgga 750 dari paras laut.

Khasiat ubatan
Akar atau semua bahagian pokok dihancur dan dibancuh sebagai teh herba lalu diminum untuk merawat busung.
Daun atau semua bahagian ditumbuk halus dibuat ubat pupuk pada tangan dan kaki yg bengkak. Daunnya dihancurkan bersama sedikit arang campur sedikit garam dan cuka lalu ditelan untuk merawat muntah2.

Gaharu.
Dibakar asap yg wangi dihidu untuk merawat kanser terutama kanser kelenjar tiroid,mengeluarkan angin dlm perut dan usus.melegakan asma.cirit,mulas perut,sakit perut, dan sebagai afrodisiak.

Air rebusan semua dari bahagian pokok gaharu.
Untuk merawat cirit muntah,dmm panas,malaria,melawaskan buang air kecil,menenangkan, mehindari stress,merawat strok,menegangkan kulit (awek muda) dan penawar semasa ibu hamil dan selepas melahirkan anak. Kayu gaharu juga dihancurkan bersama alkohol untuk yg bukan islam dan cecairnya diminum untuk merawat kencing tersekat,batuk,kolera,mulas.

Resin mempunyai sifat anti jangkitan,antaiseptik,antibiotik,pestisid serta berfunsi untuk menghentikan pendarahan dan mengatasi sakit.

Kandungan
Agarafuranoid dan seskuiternoid jenis uedesman,asap gaharu juga mengandungi kumpulan kimia yg sama.

Gaharu sebagai dupa dibakar untuk mengeluarkan bau yg harum disanjung tggi dlm istiadat budaya dan agama buddha. Dithailand gaharu dimasukan ke dlm api  untuk membakar mayat. Dijepun gaharu digunakan dlm istiadat 'teh'. gaharu yg tdk dijangkiti kulat atau kayu yg tertnggl semasa dipotong untuk mendapatkan resinnya yg wangi dibuat colok untuk memperolehi bau yg wangi dan menghalau nyamuk. Gaharu yg wangi digunakan secara meluas di india dan timur tengah. Minyak gaharu diperolehi dgn proses penyulingan untuk menghasilkan minyak wangi yg sgt mahal.minyak gaharu boleh dicampur minyak cengkih dan bunga carnation untuk menghasilkan minyak wangi yg menarik.

Itulah serba sedikit tentang pohon gaharu sekian terima kasih

Yg ikhlas menaip: amran ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan