Sabtu, 9 Julai 2016

Cara menangani herba dengan kadar yang betul secara keseluruhan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah menaip lg wa pada hari dgn senang hati wa menaip tau huhu kat sini sy  dirikan diri sy sebagai 'wa' la ye pasal kat kg kawan2 pggl sy wak dgn gelaran 'wa' halus, manja dan seksi skit bunyinye kakaka.

CARA PENYEDIAAN DAN MEMASAK UBAT HERBA.
Terdapat beberapa cara penyediaan ubat herba untuk digunakan dlm rawatan:
1.daun yg segar diramas atau ditumbuk lumat dan ditampal pada kulit yg sakit,luka atau digigit haiwan.

2.daun yg segar (dibalut tanpa perlakuan lain,atau dipanaskan) pada tempat yg dirawat.

3.bahagian tumbuhan mgkn dimasak atau direndam dlm minyak,lemak,lilin,cuka atau alkohol sebelum digunakan untuk mengurut atau sapu ditempat yg perlu.

4.bahagian tumbuhan yg segar  atau yg telah dikeringkan  dimasukkan dlm bekas dan dituang kedlm air yg mendidih.setelah menjadi suam2 suku, air rebusan diminum sebagai teh herba, disapu pada tempat sakit atau digunakan sebagai air mandian.

5.bahagian tumbuhan yg segar atau yg telah dikeringkan direbus sekejap atau beberapa jam.air rebusan itu diminum setelah sejuk ataupun suam,disapu pada tempat sakit atau digunakan sebagai air mandian.

6.ada juga yg mengisar ubat herba yg kering menjadi serbuk ,dimasukkan kedlm kapsul dan ditelan ketika perlu.

Ubat herba tradisional di malaysia direbus dan diminum biasanya di panggil ubat akar kayu, ubat periuk atau rempah ratus. Ubat herba jenis ini  dlm pasaran secara tradisional adalah dlm bentuk keratan atau potongan panjang lebih kurang satu jari dan jumlah dos bahan biasanya segenggam tangan. Semua bahan dlm ramuan telah dikeringkan sebelum dipasarkan. Jika ubat herba bercpur habuk atau tanah maka anda perlu membasuh dgn air sebelum digunakan. Ubat yg tdk nampak kotor pun sebaik2nya dibasuh sekejap. Oleh sebab bahan ubat herba sudah kering dan kepingan herba adalah lebih kurang satu jari panjang dan setebal panjang jari, adalah lebih mutajap kalau direndam dahulu sebelum air dipanaskan. Jika herba direbus tanpa direndam atau direndam tdk cukup lama,air tdk dapat masuk kebahagian tengah, dan bahan mujarab tdk dapat larut kesemuanya dalam air rebusan. Ada petua memasak ubat periuk yg direndam sekejap sahaja atau d k tdk direndam langsung tetapi ubat periuk yg telah direbus pada hari pertama tdk di buang setelah air rebusan diminum , sebaliknya bahan yg sama direbus lagi pada keesokan harinya dengan menambah air yang baru.cara ini diulang sehingga ramuan direbus 7 kali untuk betul2 mengeluarkan kesemua bahan ubat yg terkandung didlm ramuan. Ubat herba mgkn perlu direbus sekejap sahaja atau berjam jam bergantung kepada jenis ramuan herba dan penyakit yg dirawat. Biasanya tumbuhan yg mengandungi minyak volatil yg cepat meruap direbus sekejap sahaja atau dibamcuh seperti teh supaya bahan aktif tdk hilang. Tumbuhan yg mengandungi sebatian kimia bersifat ubat yg susah larut dlm air perlu direbus berjam jam supaya lebih byk bahan aktif dapat menyarap ke dlm air rebusan yg akan diminum.klu herba yg direbus ditinggalkan diatas api hingga menjadi kering atau terbakar, herba itu tdk boleh digunakan lg. Bekas yg sesuai untuk merebus herba dibuat daripada tanah liat, gelas, seramik atau enamel. Bekas yg dibuat dari logam seperli aluminium, kuprum atau besi waja kurang sesuai kerana mungkin ada tindak balas antara logam dgn sebatian kimia dalam herba dan pemindahan haba berlaku kurang rata.

PANTANG LARANG:
Kebanyakan orang tdk tahan atau tdk sukakan rasa pahit ubat herba.pasti ada yg muntah bila meminum ubat herba yg sangat pahit. Adakah ubat herba sesuai dicampur gula atau madu supaya berasa kurang pahit. Jawapannya bergantung kepada jenis ubah herba yg diminum dan penyakit yg dirawat. Jenis ubat herba yg mengurangkan panas badan,sakit lelongkong, tekak kering dan penyakit lain yg dikumpulkan dlm kategori panas adalah tdk sesuai dicampur gula kerana gula mengurangkan kemujaraban dan juga menambahkan panas badan. Hal ini berbeza dgn ubat moden seperti ubat batuk dan sakit kerongkong yg biasa dapat dlm bentuk sirap atau gula gula. Ubat bersifat tonik boleh dicampur gula tetapi lebih baik klu madu lebah digunakan, bukan gula pasir, kerana tubuh manusia lebih cepat memperolehi tenaga daripada madu lebah bebanding dgn gula pasir. Orang yg menghidap penyakit jenis panas seperti sakit kelongkong dan batuk perlu menjauhi makanan yg pedas atau mengandungi banyak rempah supaya ubat herba dapat bertindak dgn lebih berkesan. Orang yg menghidap penyakit jenis sejuk serti cirit perlu menjauhi makanan sejuk atau makanan mentah. Antara pantang yg biasa disebut dlm ubat herba ialah tdk boleh minum air kelapa semasa mengambil ubat herba kerana ubat akan kehilangan kesan. Air kelapa juga sejenis ubat herba, iaitu sebagai penawar racun ( bahan toksin) dan alahan, dan pencuci tubuh untuk mengeluarkan bahan kimia yg menyebabkan tindak balas racun (toksin) atau alahan. Sifat yg sama inilah yg boleh menghilangkan kesan ubat herba dari tubuh.  Orang yg mengambil ubat herba untuk menguat tenaga batin atau sebagai tonik badan biasanya diminta berpantang. Dilarang meminum air kelapa atau makan makanan yg sejuk atau berangin seperti kangkung,jantung pisang,rebung dan timun kerana sayuran ini mempunyai sifat yg bercanggah dgn sifat herba yg diambil. Orang yg meminum ubat herba untuk memudahkan tidur lena tdk sepatutnya meminum bahan yang boleh menambahkan aktiviti otak serta menghilangkan daya tidur lena seperti teh,kopi dan koko. Pantang larang dlm sistem ubat herba tidak seharusnya dianggap remeh temeh atau kolot tanpa cuba memahami falsafah yang tersirat.

Ok itulah serba sedikit tentang pengambilan ubat herba dan pantang larangnya semoga bermenfaat.

Yg ikhlas menaip: amran ali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan