Isnin, 18 Julai 2016

Assalamualaikum. Alhamdulillah sejuk nyaman udara pada mlm ni best je rasa baring sambil menaip rasa tak nak bangun tapi nak buat camne terasa sengal2 plak blakang wa ni, bangun gak la bagi lebih selesa dan best lg untuk menaip huhu

Nak crite pasal gaharu lagi atau pasal bende lain lak.oklah kite langkah lagi setapak pasal pokok gaharu tajuk kite harini 'terdampar di pertengahan jalan'

Apa yang menbuatkan rata2 pengusaha tanaman gaharu terdampar? Apa tanda2 mereka terdampar? Ok petandanya ada di mudah.com. rata2 pengusaha bagaikan terhenti saat terlihatnya pulangan yang berganda dihadapan, mgkn langkah seterusnya akan membuatkan pengusaha terus mencapai apa yang harus perlu dicapai. untuk mencapai apa yg hendak dicapai Dgn keputusan mengembalikan amaun permulaan sebagai pengusaha tanaman pokok gaharu adalah dgn menjual tanah dan seluruh pokok gaharu. Selama ini tegar menjaga akhirnya tewas disaat tuaian. Langkah seterusnya bagaikan terhenti hilang arah dan pasti. Mana janji2 manis si penjual anak benis gaharu? Hilang entah mudik kehulu atau tenggelam kedasar?mgkn tengah seronok2 ditepian? Hehe.

Pengusaha sebenarnya sudah hampir dgn apa yg dirancangkan mgkn dgn sikit kesabaran dan sedikit usaha selangkah kehadapan, apa yang dihajati pasti dapat dilihat. Ianya mgkn terlalu berpegang pada janji2 penjual anak benih 7,8tahun dahulu,hari ini ianya hilang entah kemana mcm yang saya taip tadi la mgkn tgh berseronok2 ditepian.hehe. ok apa langkah seterusnya saat pokok gaharu berusia 7,8tahun dan telah disuntik? Ini satu tempoh yg sgt singkat pokok gaharu usia 5thn sesuai untuk disuntik setelah disuntik perlu menunggu dlm lingkunan 2,3tahun untuk proses jangkitan bakteria menghasilkan gaharu. Usia pokok 8tahun sedia dituai tapi itu lah yg saya taip tadi saat hasil di depan kita, kita bagaikan terdampar, langkah seterusnya bagaikan terhenti mimpi ngeri menanti. Pasaran sukar ditembusi modal banyak dah pergi mendapat pulangan bagaikan sesuatu yg tak pasti.ada gak  suara yang tak best didengar "baik tanam pokok getah sungguhpun getah murah tapi senang jual". Jom kita cari penyelesaian huhu

Ok kos seterusnya sewaktu ingin menuai agak mahal, tapi itulah penghujung bagi mendapatkan gaharu langkah seterusnya menggorek atau mengukir ataupun bahasa halusnya menzahirkan tapi senang guna bahasa kasar iaitu mengeluarkan gaharu dari teras pokok haa senang je menaipnye haha. Itu perlu tenaga mahir dlm proses menggorek,pasti ramai yang tak pecaya sebesar2 ladang gaharu di gopeng pokoknya ada 20.000btg penggoreknya adalah seorang klu tak pecaya pergi la tinjau2.setelah dahan yg ada gaharu dipotong lalu proses menggorek disebuah bilik dan penggoreknya adalah seorang sahaja.bila ditanya mengapa seorang? Jawapannya supaya tdk ada penyelewengan.satu jawapan je.
So kos kat situ tak tggi sgt walaupun tenaga mahir sorang mmg belaku secara pelahan tapi hasilnya memuaskan dan dapat melakarkan harga gaharu yang mahal.








gaharu dari dahan kecil separuh gorekkan.
Begitu lah keadaannya.

 Salah gorek akan belakunya kerugian. Masa yg sama gorek juga menentu gred dan harga. Oklah langkah seterusnya bila gaharu telah diasingkan boleh dah nak jual saya sebenarnya cuba nak rahsiakan siapa pembeli paling dekat dari kalangan kita, faham kan maksud 'dari kalangan kita'?? tapi rasa mcm tak sempurna lak catitan ini ermm mgkn di part catitan yg lain sy bongkarkan hehe kena dgn tempat dan orangnya insyaallah gaharu yang selama ini ditunggu2 terjual jugak.

Sampai disini dulu nanti sambung k..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan